Panduan Penggunaan eJamin
Langkah 1 : Pastikan
Pastikan anda mempunyai Online Banking, Data Internet dan Bateri yang mencukupi.
Langkah 2 : Maklumat Kes
Dapatkan maklumat kes di Kaunter Pendaftar
Langkah 3 : eJamin.my
Layari laman web ejamin.my di telefon pintar anda.
LANGKAH 4 : Lengkapkan
Lengkapkan maklumat Penjamin dan Tertuduh
Langkah 5 : Isikan
Isikan nombor kes serta jumlah jaminan
Langkah 6 : Pembayaran
Bayar wang jaminan secara dalam talian. Pembayaran hendaklah dilakukan menggunakan akaun peribadi anda.
Langkah 7 : Pengesahan
Resit pembayaran akan dihantar melalui emel dalam masa 15 minit
Langkah 8 : Taklimat
Hadiri taklimat bersama Tertuduh mengikut ketetapan masa Mahkamah
Langkah 9 : Pelepasan
Tandatangan Bon Jaminan sebelum Tertuduh dilepaskan
Bersedia untuk menggunakan eJamin? Klik butang di bawah untuk ke laman web eJamin bagi memulakan proses ikat jamin.