SOALAN - SOALAN LAZIM

1- Apakah yang saya perlukan untuk menggunakan eJamin?

Anda perlu mempunyai akaun perbankan dalam talian dan emel yang sah. Pastikan telefon bimbit anda mempunyai  data internet dan bateri yang mencukupi.

2.Bagaimanakah cara untuk melayari eJamin?

Sila ke browser di telefon bimbit anda dan layari ejamin.my (contoh : Google atau Safari)

3- Adakah saya perlu menggunakan akaun bank peribadi untuk membuat pembayaran?

Ya, nama pemilik akaun bank harus sama dengan nama penjamin.

4.Berapakah jumlah maksimum transaksi yang boleh dibayar menggunakan eJamin?

Minimum RM1 sehingga maksimum RM 500,000 dalam satu transaksi.

5.Adakah saya perlu membayar caj perkhidmatan untuk eJamin?

Tiada caj perkhidmatan apabila menggunakan eJamin

6.Bagaimanakah cara untuk melayari eJamin?

Sila ke browser di telefon bimbit anda dan layari ejamin.my (contoh : Google atau Safari)

7.Bagaimanakah cara untuk mengisi maklumat di dalam eJamin?

  • Untuk kad pengenalan,pastikan diisi tanpa tanda sengkang (-). (Contoh : 890418035130)
  • Untuk nombor kes,pastikan diisi lengkap seperti yang diterima daripada kakitangan mahkamah (Contoh : WA-23D-2564-02/2020)
  • Untuk alamat, sila isikan alamat surat-menyurat terkini
  • Untuk nombor telefon, pastikan diisi tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa kod negara (Contoh : 0199208888)
 

8. Adakah saya boleh menggunakan eJamin, sekiranya terdapat 2 atau lebih penjamin untuk 1 kes?

Boleh menggunakan eJamin.

(Contoh kes : Jumlah jaminan RM 6,000, 2 penjamin)

Isikan ruangan Amaun dengan jumlah keseluruhan jamin iaitu RM6,000. Di ruangan jumlah perlu dibayar, penjamin A dan B boleh mengisi amaun yang ingin dibayar dan pastikan jumlah adalah sama dengan jaminan keseluruhan. Pastikan kedua – dua penjamin mengisi nombor kes yang sama

**Sila dapatkan amaun yang perlu dibayar bagi setiap penjamin di kaunter mahkamah.

9. Adakah saya boleh menggunakan eJamin, sekiranya terdapat 2 atau lebih OKT untuk 1 kes?

Boleh menggunakan eJamin

[Contoh kes : 1 kes, 2 OKT dengan jumlah jaminan RM 2,000 (OKT 1) dan RM 3,000 (OKT 2)]

  • Penjamin A menjamin OKT 1, Penjamin B menjamin OKT 2 Masukkan maklumat seperti biasa, penjamin perlu masukkan kod OKT1/OKT2 Contoh nombor kes : BB-M5-83(T)-7-1/2020 OKT1 dan BB-M5-83(T)-7-1/2020 OKT2
  • Amaun dan jumlah perlu dibayar perlu sama bagi setiap OKT (Cth : Penjamin 1 yang menjamin OKT 1 perlu mengisi Amaun sebanyak RM2,000 & Jumlah dibayar RM2,000)

10. Jumlah ikat jamin bagi OKT adalah terlalu besar untuk tanggungan saya sendiri. Bolehkah saya gabung bayaran ikat jamin OKT saya dengan penjamin lain?

eJamin hanya menerima pembayaran dari satu akaun sahaja buat masa sekarang. Anda dinasihatkan untuk mengumpul jumlah wang ikat jamin dari penjamin yang lain dalam satu akaun sahaja sebelum membuat pembayaran.